Follow Me on Twitter

Wednesday, March 30, 2011

Pesta Buku Kelantan 2011

Proses pembelajaran itu berlaku seumur hidup. Setuju?

Tidak semestinya apabila sudah tamat pengajian rasmi, kita tidak lagi perlu belajar, sedangkan ada banyak perkara yang begitu luas untuk diteroka dan dipelajari.

Ianya boleh dipelajari sama ada melalui pengalaman, didikan mahupun usaha sendiri melalui pembacaan bahan bacaan.

Jadi, kepada yang berpeluang untuk menambah bahan bacaan, marilah ke Pesta Buku Kelantan anjuran Persatuan Perpustakaan Negeri Kelantan yang sedang berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan.


Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama JPN Kelantan dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd berlangsung dari 29 Mac hingga 4 April 2011.

Dengan pembelian tunai RM10 ke atas, anda layak untuk cabutan bertuah bagi hadiah istimewa yang lumayan!


Ayuh! Hiburkan diri dengan bahan bacaan yang bermanfaat.

p/s: Nampak semakin jelas tahap skemaku… xD