Follow Me on Twitter

Monday, March 7, 2011

Semangatku takkan padam

Saat Manchester United ketinggalan 0-2, semangat aku masih belum terpadam. Aku masih ingat perlawanan yang melibatkan Manchester United dengan Blackpool di mana Manchester United menang 3-2 walaupun pada mulanya ketinggalan 2-0. Begitu juga keputusan seri 2-2 ketika menentang Aston Villa di Villa Park.


Itulah yang aku harapkan. Tetapi corak permainan mereka memang tidak memuaskan lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan. Tiada titik yang boleh membangkitkan motivasi pemain. Jaringan Hernandez sudah terlewat untuk tujuan itu. Hingga wisel penamat ditiup, barulah aku berasa kecewa, memadam harapan dan menerima kekalahan.

Kini Manchester United perlu menumpukan perhatian kepada pertemuan dengan Arsenal pada pusingan 6 Piala FA  pada 12 Mac di Old Trafford. Ya, aku sedikit lega apabila mereka bermain di Old Trafford. Tetapi masih perlu berhati-hati daripada melakukan kesilapan.

P/s:Tahniah buat Hadi Rofiee, Akubiomed  dan penyokong Liverpool lain.