Follow Me on Twitter

Sunday, April 10, 2011

Di sebalik masalah

“Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan bermacam-macam cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman, “Bilakah pertolongan Allah itu akan datang?” Ingat! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

(surah al-Baqarah: 214)

Manusia memang tidak dapat lari dari dugaan dan masalah. Walaupun sebaik mana pun rancangan yang diatur, segalanya ditentukan oleh Allah. Dan Dialah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Namun, ada yang mengenepikan hal tersebut kerana tidak memandang secara keseluruhan. Ada yang mudah putus asa malah melarikan diri dari masalah sehingga sanggup merampas hak mutlak Allah (seperti nyawa).

Jika kita memandang secara keseluruhan, pastinya kita menyedari kita masih mempunyai Allah dan Rasul-Nya, dan apakah yang boleh kita perbaiki untuk menyelesaikan dan menghadapi masalah pada masa akan datang.

Bagaimana pula dengan masalah sesama manusia? Kadangkala sesuatu yang remeh boleh menjadi masalah serta menimbulkan rasa tidak puas hati. Maka, usahlah membuat tafsiran atau kesimpulan awal, sedangkan dengan pandangan yang menyeluruh tadi kita boleh menyedari wujudnya sesuatu yang baik.

*****

Ok, berbalik kepada contoh penyelesaian masalah sebelum ini. Raji, ATA, bro Anif, kak Fizalinolie, Nis, Shamsuddin Amin, kak sw33tdarling, kak Suri, Hadi Rofiee, Cikgu Tehr, bro Ismail, bro Belalang, cik Su, Landax, Mrs. Ayie, Mama JnJnJ, bro Sham, bro Maza, bro Zik, Amir Izzat, Keyrill, Nas, Serol, Syahril Hafiz, bro Ali al-Ridha, anda semua memang terbaik kerana sudi memberikan jawapan dan komen ^__^

Terdapat, empat Kesalahan pada ayat ini?

Mengenai kesalahan yang dikatakan, jika dilihat secara menyeluruh, ia bukanlah menumpukan kepada kesalahan tatabahasa. Jika berdasarkan kesalahan tatabahasa, semua sahabat blogger ternyata dapat mengesannya.

Tetapi sebenarnya, penggunaan ‘pada’ adalah betul dalam struktur ayat tersebut, menjadikan semua sahabat blogger hanya mengesan tiga kesalahan dengan tepat.

Maka, apakah kesalahan keempat?

Kesalahan keempat ialah fakta pada ayat tersebut. Hanya ada tiga kesalahan dan bukannya empat.

Peace!! xD

p/s: Kepada penyokong Man U, kita tiada masalah menang ke atas Fulham malam tadi kan? :D