Follow Me on Twitter

Sunday, April 3, 2011

Geng Tukul tumpas!

Sekali lagi Manchester United menunjukkan semangat juang dan magik dalam kemenangan dramatik mereka ke atas West Ham United atau dikenali sebagai The Hammers sekaligus meranapkan harapan penyokong-penyokong setia The Hammers di Upton Park.

Walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, hat-trick Wayne Rooney dan gol Chicharito ternyata melengkapkan kemenangan dramatik United.

 Dari laman Twitter Tengkorak Emas

Rasa hati ini sungguh gembira walaupun pada awalnya sedikit resah. Namun, seperti biasa, selagi belum mendengar wisel penamat, harapan Tengkorak Emas supaya Manchester United memperolehi 3 mata penuh tidak pernah padam. Dan ianya menjadi kenyataan dengan kemenangan United yang kini mendahului kedudukan liga dengan 7 mata di hadapan Arsenal.

Arsenal dan Chelsea hanya sekadar seri dalam perlawanan masing-masing dan ia memberikan kelebihan buat Manchester United untuk terus menjarakkan diri. Namun, perlu diingatkan, sebagaimana kata-kata bro Ismail N dalam entrinya, ‘tiada lawan yang mudah’.


Masih ada baki 7 perlawanan dan Manchester United pasti menerima tentangan yang hebat kerana setiap pasukan mempunyai sebab untuk menewaskan mereka. Walau apa pun, buat masa ini, kepada penyokong Manchester United, mari senyum sendirian bersama Tengkorak Emas ^___^

7 perlawanan BPL akan datang

Fulham (Home)
Newcastle United (Away)
Everton (Home)
Arsenal (Away)
Chelsea (Home)
Blackburn Rovers (Away)
Blackpool (Home)

p/s: Geng Tukul akhirnya tumpas di laman sendiri! xD