Follow Me on Twitter

Thursday, April 28, 2011

KIA X-Games Asia 2011 back in Shanghai!

Aku adalah skater. Ramai skater jalanan menggelarkan aku “The Fingers”. Aku pun tidak tahu mengapa.

Jalanan adalah kawasan latihanku. Benar, aku tidak mengganggu orang ramai.

Lihat skill aku tadi? Aku baru sahaja melakukan kickflip dan pop shuvit dan juga indy 900 di mega ramp. Sila percaya.

Nah, begitu mudah aku melakukan boardslide di atas rail.

Tailslide, Cuma petik jari.

 
‘Hati kering’ bila buat Darkslide.

Ok, sebenarnya aku, The Fingers sedang bersedia untuk X-Games.

*****

KIA X-Games Asia 2011 bakal berlangsung di Shanghai, China pada 29 April hingga 2 Mei ini buat tahun kelima berturut-turut. Acara ini bakal menampilkan pemenang 7 kali pingat emas acara Skateboard, Bob Burnquist dan Pierre-Luc Gagnon, serta pemenang 8 kali pingat emas Andy McDonald.

Acara sukan ini juga bakal menjadi medan buat hampir 200 atlet dari lebih 30 negara yang akan menyajikan aksi bertaraf dunia dalam pelbagai jenis sukan Skateboard, BMX, In-Line Skate dan demonstrasi Big Air Moto X.

Acara ini akan bersiar secara langsung di saluran ESPN STAR Sports' networks merentasi Asia. Maklumat lanjut di SINI.

Kepada yang berminat, nantikannya!

Persediaan Tengkorak Emas menghadapi X-Games 
Amaran: Mungkin boleh pening xD



p/s: The Fingers cedera maka ia mungkin terlepas X-Games kali ini.