Follow Me on Twitter

Monday, April 4, 2011

Kita semua hipokrit?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!

Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?”
Hadith riwayat al-lmam Muslim. (Hadith 10 daripada 40)

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan kita menjadi hamba yang taat dan patuh kepada-Nya secara total.

Dan lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah s.w.t itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.

Maka adalah satu fitrah untuk kita juga menyukai kebaikan. Walau sejahat mana pun manusia, ia tetap mahukan kebaikan atas dirinya.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud;

“Apabila roh ditiupkan Allah ke dalam diri Adam, maka ketika roh memasuki kepalanya, dia bersin, Dia mengucapkan Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam). Allah berfirman kepadanya: Yarhamukallah (semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu).”

Allah berfirman lagi:

“Wahai Adam! Pergilah kepada sekelompok makhluk itu, berkatalah kepada mereka lalu perhatikan apa reaksi mereka”

Adam mendatangi mereka lalu mengucapkan salam. Dan mereka (para malaikat) mengucapkan: Wa’alaikassalam wa rahmatullahi wa barakatuh.

Allah s.w.t berfirman:

“Wahai Adam! Itulah ucapan selamat untukmu dan anak cucumu.”

Pada awal penciptaan Adam, juga sudah diperlihatkan ciri-ciri kebaikan. Maka diri kita yang sebenarnya adalah bersifat kebaikan.

Maka apabila kita berbuat kebaikan, ia menandakan kita menjadi diri kita yang sebenarnya.

Manakala apabila kita berbuat kejahatan, kita adalah berpura-pura dan hipokrit kerana dikaburi oleh keseronokan dunia dan godaan syaitan.

Jadi elakkan diri kita menjadi hipokrit!

p/s: “Saya tak mahu buat baik kerana tidak mahu nampak hipokrit” – That is totally wrong!

Inspirasi
Artikel ‘Remaja Berakal Fokus Belajar’ tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin, Majalah Solusi #30, ms 70.