Follow Me on Twitter

Monday, April 18, 2011

Nak kurus ingat joegrimjow

“Man, betul kau mahu terlibat? Kau bukan lagi kurus.”

“Oh come on Lee, jangan ingat aku tak kurus, aku tak boleh. Lagipun duit aku dah banyak habis untuk ubat kurus yang tak berguna.”

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Man dan Lee sedang bersiap sedia untuk bertindak. Kali ini, mereka bakal mendapat habuan besar jika berjaya melaksanakan arahan klien. Mereka diupah oleh seseorang untuk mencuri formula satu produk kesihatan di sebuah makmal milik syarikat mega dalam industri kesihatan milik Tuan Joegrimjow.

“Ok, aku sudah pun mematikan sistem penggera dan sistem keselamatan komputer. Boleh mulakan sekarang.” Sid, menjalankan tugasnya sebagai penggodam.

Man dan Lee kemudiannya mula bertindak. Ternyata Man masih kelihatan cergas walaupun badannya tidak lagi kurus. Segala apa yang dipelajarinya semasa bergiat dalam free running dan parkour satu ketika dahulu masih boleh dilakukan.

Dalam masa tidak beberapa minit, mereka berdua telah pun melepasi kawalan keselamatan pengawal dan kamera. Kini makmal hanya di depan mata namun ia dibina dalam sebuah bilik kebal. Tetapi ia bukanlah masalah bagi Lee yang mempunyai kepakaran membuka kunci berkombinasi.

“Cepat Lee,” Man mula kelihatan termengah-mengah.

 Alangkah baik jika aku kurus. Badan ini terlalu berat. Fikirnya.

“Relaxla bro, kau ok ke tak? Bingo.” Lee telah pun berjaya memecah kombinasi kunci bilik kebal tersebut.

Mereka berdua memasuki makmal dan mencari formula yang dimaksudkan. Formula yang disimpan di dalam kanister itu akhirnya dijumpai. Dalam 10 minit, pengesan haba bakal dihidupkan. Masa yang tepat untuk beredar.

Tiba-tiba…

What the…penggera dibunyikan! Ada beberapa orang menuju ke makmal! Cepat lari! Ia adalah perangkap!” Hubungi Sid sambil melihat skrin laptopnya.

“Cis, cepat Man, bawa kanister tu. Kita tiada jalan lain. Kita lari melalui terowong udara!” Lee dengan pantas melompat dan membuka penutup laluan terowong udara sebelum masuk ke dalamnya.

“Cepat Man! Bagi aku kanister tu! Kau cepat naik!”

Man cuba memasuki terowong udara, tapi…

“Wei, kenapa aku tak muat? Aduh, ada sangkut ni wei!”

“What! Bukan ke masa kau kurus dulu boleh?”

*****

Akhirnya Man berjaya ditangkap setelah beberapa pengawal menjumpai dia dalam keadaan tersangkut di tingkap laluan udara. Lee pula berjaya melarikan diri dan terpaksa meninggalkan Man. Lebih malang lagi, percubaan mencuri formula itu gagal kerana ia ada pada Man.

“Tuan Joegrimjow, inilah dia penceroboh yang cuba melarikan diri dengan formula produk syarikat. Kami jumpa dia tersangkut di laluan udara. Perasan kurus agaknya.” Bergelak tawa sakan si pengawal-pengawal keselamatan.

 Oh, ini bukan Tuan Joegrimjow

“Tahukah kamu syarikat ini milik Joegrimjow? Berani betul kamu.” Tuan Joegrimjow hanya tersenyum mendengar kata-kata pembantunya.

“Maafkan saya Tuan Joegrimjow…maafkan saya,” Jawab Man tersekat-sekat.

“Apa perlu kami buat padanya Tuan? Hantar ke balai?”

“Hmm…tak perlu. Penjara bukan tempat sesuai untuk orang sepertinya.” Tuan Joegrimjow akhirnya bersuara.

“Nampaknya ramai yang mula berminat dengan produk syarikat ini. Ini adalah percubaan ke 10 untuk mencuri formula. Hm…siapa nama kamu?

“Man, tuan.”

“Man, mahukah kamu berhenti melakukan kerja sebegini jika saya melepaskan kamu?”

“Mahu tuan! Saya takkan mengulanginya lagi, tolong lepaskan saya…” Rayu Man.

“Bagus. Saya boleh lepaskan kamu. Malah kamu boleh menikmati hidup dengan lebih luar biasa. Dengan pendapatan yang lebih baik, hidup yang lebih sihat serta berat badan ideal. Dengan kata lain kamu menjadi kurus. Mahu?”

“Mahu Tuan! Saya mahu! Dah lama saya mahu kurus!”

“Bagus. Ambil kad ini. Perjumpaan akan diadakan di sebuah hotel esok. Kamu balik, bersiap dan hubungi saya esok pagi.”


“Baik Tuan Joegrimjow. Tuan memang baik hati. Saya berjanji berubah menjadi baik, serta kurus.” Man akhirnya dilepaskan dan dia diiring keluar.

“Awasi dia. Pastikan dia menjadi pelanggan tetap kita.” Tuan Joegrimjow tersenyum penuh makna.

“Nak kurus ingat Joegrimjow”

p/s: Entri penyertaan untuk contest Joegrimjow. Panjang juga..huhu Selamat Hari Lahir Joegrimjow.