Follow Me on Twitter

Monday, April 25, 2011

New Shichibukai revealed!

Shichibukai pastinya satu perkataan yang tidak asing lagi kepada peminat siri manga dan anime Jepun, One Piece (Budak Getah). Ia adalah gelaran yang membawa maksud “Seven Military Seas”, iaitu lanun yang berkhidmat dengan kerajaan untuk menghapuskan mana-mana ancaman daripada lanun lain.

Perwatakan seorang Shichibukai adalah lebih kepada kacukan seorang lanun dan tentera laut yang lebih kuat. Dan mereka amat terkenal dan dengan reputasi dan kekuatan mereka.

Antara yang pernah mengisi jawatan Shichibukai, (kini hanya tinggal 4 orang)


Dracule Mihawk, 43 – World’s Greatest Swordman, kemahiran pedang yang boleh membelah kapal
Donquixote Doflamingo, 41 – Memanipulasi dan mengawal pergerakan lawan.
Bartholomew Kuma, 47 – Telah diklon dan diubahsuai menjadi mesin.
Boa Hancock, 31 – Super Human strength, menukar seseorang menjadi batu.
Crocodile, 46 – Kuasa manipulasi pasir.
Jinbe, 46 – Kekuatan luar biasa, serta komunikasi dengan haiwan laut.
Marshall D. Teach, 40 – Kuasa tarikan ke dalam asap hitam.
Gekko Moriah, 50 – Kuasa manipulasi bayang

Dijangka terdapat ahli baru yang bakal mengisi kekosongan Shichibukai. Namun kuasa dan kelebihan tidak diketahui. Dijangka membuat kemunculan pada bulan 6.

Tengkorak Emas

p/s: Maaf, entri mengarut…sebenarnya nak beritahu, Tengkorak Emas lulus temuduga SPA ^___^