Follow Me on Twitter

Sunday, April 17, 2011

No treble for Manchester United

Impian untuk memenangi tiga kejuaraan pada tahun ini berkubur buat Manchester United apabila saingan mereka dalam Piala FA ditamatkan dengan kekalahan kepada Manchester City 0-1 pada perlawanan Separuh Akhir di Stadium Wembley lewat malam tadi (waktu Malaysia).

Ia sekaligus menghalang United mengulangi sejarah tiga kejuaraan pada Tahun 1999 apabila United memenangi Liga Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara. Dan pastinya kekalahan ini menyemarakkan lagi api permusuhan antara penyokong Manchester ‘Derby’ tersebut.

Sekalipun kalah, aku tetap menerimanya. United agak kurang agresif dan sering kehilangan bola. Ia jelas mengundang padah apabila Carrick melakukan kesilapan dan memberi peluang kepada Yaya Toure untuk menjaringkan gol. Dan apabila Paul Scholes dilayangkan kad merah, ia jelas menambahkan keyakinan kepada Manchester City.

Namun sekiranya Berbatov tidak terlepas peluang pada awal babak permainan, aku percaya keadaan mungkin berubah. Kalaulah dia hanya menolak bola itu dengan tenang, pasti United sedia mendahului. Tetapi, perkataan ‘kalau’ itu tidak berguna lagi melainkan dia belajar dari kesilapan.

Aku sememangnya kecewa. Tetapi aku berharap kekalahan tersebut tidak akan mematahkan semangat mereka untuk mengejar kejuaraan Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara. United perlu menguatkan semangat, lebih-lebih lagi apabila Wayne Rooney bakal kembali setelah digantung dua perlawanan. United perlu agresif dan mendominasi permainan, kerana di luar sana semua kelab ingin mengalahkan Manchester United, dan semua orang ingin bersorak gembira atas kekalahan Manchester United.

“When you wear Manchester United’s shirt, it’s about winning games whether it’s for double or treble champion. No matter if you lose, you will get back on the track and grab the wins again.”
-Tengkorak Emas (pure from my heart)

So go United!

Glory Glory Manchester United!

p/s: Next game: Newcastle United v Manchester United.