Follow Me on Twitter

Thursday, April 14, 2011

Perbualan 2 Tekong

“Black, kau tak rasa apa yang kita lakukan ini salah?”

Soalan Joe yang tiba-tiba ternyata mengejutkan Black yang asyik mengawal kemudi.

“Eh, kenapa pula? Bukankah kita memberi harapan pada mereka untuk bina hidup yang baru..”

“Tapi, matlamat tak menghalalkan cara. Cara kita tetap salah di sisi undang-undang.”

Black hanya terdiam. Membiarkan sahaja suasana pekat malam itu bertemankan bunyi deruan enjin bot mereka.

Joe kemudiannya bersuara lagi, “Menurut Seksyen 55A (1), Akta Imigresen 1959/63, kita adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak kurang RM 10,000 dan tidak melebihi RM 50,000, dan penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun. Malah sebatan tidak melebihi 6 sebatan.”

“Semua kerana membawa warga asing tanpa permit yang sah memasuki Malaysia atas mana-mana kenderaan” tambahnya lagi.

“Kenapa baru sekarang kau bicara tentang undang-undang, Joe?” Black mendengus.

“Kerana kejadian dua hari lepas. Sewaktu rumah Pak Man dipecah masuk oleh sekumpulan warga asing. Pak Man cedera teruk…aku rasa kesal bila memikirkan kemungkinan kumpulan itu pernah dibawa masuk kita sendiri…”

“Joe, bukan semua jahat. Lagipun mereka akan dibekalkan dokumen yang sah setibanya di Malaysia nanti.”

“Dokumen ‘sah’ yang palsu? Visa dan Permit palsu? Tahukah kau Black, kita boleh didakwa menurut Seksyen 55D Akta yang sama dan boleh didenda tidak kurang RM30,000 dan penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun disertai 6 sebatan.”

“Ok, ok, sedikit masa lagi kita sampai di persisir pantai Malaysia. Buat masa sekarang, aku tak mahu membincangkannya.”

“Sedikit masa lagi, kemungkinan juga Komander Maritim Tengkorak Emas dapat menjejaki bot kita…” Joe mengeluh panjang.

*****

Cewah! Berangan lebih xD


Ok, peruntukan yang dinyatakan dalam dialog di atas adalah bagi kesalahan yang merupakan bidang kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Sekadar pengetahuan buat sahabat blogger sekalian. ^__^

p/s: Pengetahuan Joe tentang undang-undang kekal menjadi misteri…