Follow Me on Twitter

Tuesday, April 19, 2011

Promo: Contest Garden of Eden

Tahukah kisah Raja Midas? Raja yang diberikan kelebihan sentuhan emas sehingga menukarkan semua benda yang disentuhnya menjadi emas. Baik tiang, bungaan, makanan malah anaknya sendiri! Oh kesilapannya kerana tamak.

Kalaulah Tengkorak Emas memiliki sentuhan emas…

Ini pokok bunga Orkid tanpa bunga. Dari dulu sampai sekarang tidak berbunga.

Ini pokok ulam raja. Tak perlu tunggu berbunga pasti dipetik begitu sahaja.

Tahukah di luar sana ramai yang mempunyai sentuhan ‘emas’? Sentuhan pada tanaman di kebun bunga yang cukup indah lalu mencorakkan pemandangan panorama yang berwarna-warni. Bukankah itu boleh dianggap bernilai seperti emas?

Jadi, sesiapa yang mempunyai sentuhan ‘emas’ yang dimaksudkan, bolehlah menyertai contest anjuran bro Maza pemilik Gubuk Kecil Kembara Jalanan di SINI.

Serlahkan sentuhan ‘emas’ anda, yang tidak dimiliki Tengkorak Emas. ^___^