Follow Me on Twitter

Thursday, April 7, 2011

Sambungan: Formula penyelesaian masalah

Ini merupakan sambungan untuk ‘Formula penyelesaian masalah’ yang pertama. Nampaknya soalan sebelum ini mudah dijawab dengan tepat oleh bro Anif, kak Fizalinolie dan kak sw33tdarling serta disokong Hadi Rofiee dan Mama JnJ.

Masih ada masalah? Masih timbul rasa tidak puas hati dalam dunia blogging? Apa kata kita berlapang dada dan fikirkan sebaiknya.

Cuba cari kesalahan dalam ayat ini:

Terdapat, empat Kesalahan pada ayat ini?

Anda lihat dan fikir. Formulanya, usah tersalah tafsiran dan kesimpulan. ^__^

Andai mahu, dipersilakan menjawabnya.