Follow Me on Twitter

Friday, April 29, 2011

Sedikit peringatan

Buat peringatan diri dan semua,

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, Akulah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku, bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur akan Daku.

Wahai anak Adam, barang siapa memusuhi kekasih-Ku, (wali-wali Allah) sesungguhnya dia telah mengisytiharkan perang terhadap-Ku. Dan amat besar kemurkaan-Ku ke atas orang yang menzalimi sesiapa yang tidak ada penolong selain daripada-Ku.

Barang siapa yang redha dengan apa yang Aku berikan kepadanya, Aku akan berkatkan rezekinya. Dan akan datang baginya dunia, walaupun dia tidak menginginkannya.”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Anjakkan paradigma dengan melihat konsep murah dan keberkatan rezeki yang sebenar di SINI.