Follow Me on Twitter

Wednesday, April 13, 2011

Sorry, your dream crushed...

*Tajuk je BI...xD

Jam menunjukkan 4.37 pagi. Ia menandakan entri ini ditaip sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan sebagai tanda tamatnya perlawanan Suku Akhir Kedua Liga Juara-Juara antara Manchester United dengan Chelsea.

Apa kesudahannya?

Maaf penyokong Chelsea, sekali lagi Manchester United memusnahkan impian anda dalam saingan Liga Juara-Juara. Jika sebelum ini ia dimusnahkan ketika perlawanan akhir di Moscow 2008, kali ini impian Chelsea berkubur di peringkat suku akhir apabila Manchester United mencatat kemenangan agregat 3-1.

Perlawanan agak menarik dan masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun jaringan gol hanya hadir pada minit ke 43 oleh Hernandez aka Chicharito.

Pada separuh masa kedua, United memiliki beberapa peluang antaranya melalui Giggs namun tandukannya dengan mudah ditangkap Cech. Gerakan Nani juga agak berbahaya namun sering diasak pemain lawan.

Pada minit 77, Didier Drogba menghidupkan peluang Chelsea dengan jaringannya. Pengulas menjerit “Game On!”

Game on? Is it really game on?

Dalam tempoh minit yang sama, Park Ji Sung menyemarakkan semula sokongan penyokong di Old Trafford dengan jaringannya sekaligus memadam semangat Chelsea yang baru mula meningkat. Kesudahannya Manchester United menang 2-1 ke atas Chelsea dan mara ke separuh akhir dengan jumlah agregat 3-1.

Glory Glory Manchester United! Berikut senarai pemain ‘pemusnah’ yang pastinya tersenyum sendirian ^__^

p/s:Tidak dilupakan juga Dila.13 dan kak Suri :D