Follow Me on Twitter

Wednesday, April 6, 2011

Speaking Test MUET

Okay, ini entri personal. Aku baru sahaja selesai sesi ujian lisan MUET (Speaking) di sebuah sekolah menengah di Kuala Selangor sebagai calon persendirian.

Oh pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada bro Faizal Sulaiman kerana sudi melayan pertanyaan aku melalui twitter dan kepada Ciao Annin kerana melayan aku berbual dalam Bahasa Inggeris ^__^

Ini adalah pengalaman kali pertama aku mengambil ujian MUET disebabkan sebelum ini aku sering kali terlepas untuk sesi pendaftaran. Nak tahu tajuk topik? ‘Program televisyen paling bermanfaat yang anda pilih’.

Aku sebagai candidate A perlu menjelaskan kenapa aku pilih rancangan berbentuk sukan.  What the…

First thing come in mind adalah perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Manchester United menentang Chelsea awal pagi nanti. Then, Harimau Malaya.

“In my opinion…”

Dan apabila aku mula bercakap untuk individual task, keluarlah points: confidence, motivate people to challenge, contribute to our country, adapt in everything we do, never give up, everyone loves sports, stand together, Harimau Malaya won AFF Suzuki Cup ---->ada juga terdiam…serious aku blank!

Lepas tu dalam group task, aku mengambil keputusan untuk menyokong pendapat candidate C iaitu rancangan berbentuk entertainment sebab aku merasakan sukan adalah salah satu bentuk hiburan.

“Yes, I totally agree with you” ----> ayat last aku dalam group discussion tu.

Walau apa pun, bolehlah… (bagi sedap hati xD) Sekarang tunggu 16 April pula untuk Reading, Writing and Listening Test.