Follow Me on Twitter

Monday, April 11, 2011

WWE Superstar Slingshot, jelmaan Angry Birds?

Ada sesiapa peminat Angry Birds? (Aku tau dah mesti kak sw33tdarling ni…)

Ada sesiapa peminat gusti? (Aku tau bro Fyzal je...)

Nampaknya sudah ada game gusti yang mempunyai konsep yang sama seperti Angry Birds. Bezanya ia bukanlah menampilkan burung pelbagai warna tetapi WWE Superstars yang menggunakan tali gelanggang untuk melontarkan diri ke arah lawan.


WWE Superstar Slingshot menampilkan 10 WWE Superstars yang boleh dipilih bagi mengharungi 135 perlawanan, iaitu Big Show, Edge, John Cena, Kane, Kofi Kingston, Randy Orton, Rey Mysterio, The Miz, Triple H dan Undertaker.

Terdapat juga 15 Events yang bakal ditempuh seperti:

WrestleMania, Royal Rumble, SummerSlam, Survivor Series, Extreme Rules, WWE Over the Limit, WWE Fatal 4-Way, WWE Money in the Bank, Night of Champions, Hell in a Cell, WWE Bragging Rights, WWE TLC: Tables, Ladders and Chairs, Elimination Chamber, Raw and SmackDown.

Tidak dilupakan adalah perlawanan merebut Kejuaraan:

WWE and World Heavyweight Championships.


Belum habis ‘demam’ WrestleMania 27 baru-baru ini, sekarang aku rasa nak main game ni pula…tetapi setakat ini, keluaran WWE ini hanya compatible dengan iPhone, iPod touch, dan iPad. (Dapatkan game ini di iTunes)

p/s: Tunggu PC Version jela…