Follow Me on Twitter

Monday, May 9, 2011

Art of Comeback

Donald Trump sentiasa percaya bahawa sifat bangkit dari tekanan (resilience) amat penting untuk berjaya dalam perniagaan, juga dalam kehidupan. Ia dibuktikan apabila beliau mampu membina semula empayar hartanah sekalipun pernah menanggung hutang tidak kurang daripada USD 900 juta apabila berlakunya krisis ekonomi pada lewat 1990-an sehinggakan harga hartanah merosot dan nilai saham syarikat merudum.

Namun dengan sifat yang ada itu, beliau melihat situasi sebagai peluang malah belajar dari kesilapan. Ia dilakukan dengan melihat sesuatu melalui pengertian yang berbeza. Dengan itu terhasillah keputusan dan strategi yang berbeza.

Adakah sifat bangkit dalam tekanan ini penting dalam pertandingan? Sudah semestinya!

Manchester United pernah tewas di Stamford Bridge, Anfield dan paling terbaru di Emirates. Namun adakah tekanan itu menjejaskan prestasi mereka di saingan Liga Juara-Juara? Oh, mereka berjaya ke final bertemu Barcelona.

Adakah ia menjejaskan corak permainan apabila menyambut kedatangan Chelsea di Old Trafford? Malouda, pemain Chelsea membuat andaian bahawa United sedang goyah apabila menerima tekanan dari Chelsea yang cuba mengejar mata. Namun, apa respons United dan Sir Alex?

Jaringan Javier Hernandez kurang dari seminit (36 saat) dan tandukan Nemanja Vidic mengukuhkan kedudukan. Lampard pula menghidupkan peluang Chelsea lalu United cuba membalas serangan dan berpeluang untuk menambah jaringan. Namun, perlawanan berkesudahan dengan kemenangan United 2-1 ke atas Chelsea.

Tiga mata penuh dan Manchester United menghampiri gelaran ke 19 Juara BPL. Itulah respons United!

p/s: Sisi gelap aku mahukan jaringan yang banyak...no mercy, tapi peluang Rooney banyak terlepas.