Follow Me on Twitter

Tuesday, May 24, 2011

Coretan seorang penyokong bola sepak

Jarang sekali aku menulis tentang bola sepak Malaysia. Maka tujuan entri kali ini mudah. Di sebalik sokongan aku kepada Manchester United, aku masih menyokong perjalanan bola sepak Malaysia. Sedikit sejarah secara random mengenainya;

Jika diikutkan, minat aku pada bola sepak mestilah sejak dari kecil lagi. Dari sepak botol, bola tenis hinggalah kepada bola sepak sebenar sampai pecah tingkap jiran. Dan pada masa itu, legenda Mokhtar Dahari sentiasa diceritakan abah tatkala menonton perlawanan membabitkan negeri sokongannya, Selangor.

Ketika itu, aku amat mencemburui Selangor kerana penguasaannya dalam Liga Perdana. Aku lahir di Sarawak dan mak merupakan anak jati Sarawak. Maka, aku menaruh harapan supaya Sarawak dapat memecahkan dominasi Selangor. Kelibat pasangan kembar Ramos dan Ramles Sari dilihat dapat merealisasikan harapan aku.

Kemudian pada tahun 1997 (Darjah 5), aku mula berkecimpung dalam dunia gaming apabila abah membelikan game bola yang pertama aku miliki. FIFA 98 (dah lama rosak, paling lama aku ada sekarang World Cup 98) Apa yang menariknya FIFA 98? Sumpah aku tak kenal Manchester United waktu itu. Dan tahukah sahabat-sahabat bahawa FIFA 98 menyediakan mode perlawanan liga tempatan?

Itu yang menjadi keseronokan utama! Aku boleh bermain untuk negeri Sarawak menentang mana-mana negeri yang aku suka! Bayangkan Sarawak dan Selangor pernah kalahkan Brazil, dan nama ‘Hasrul’ ada dalam kesebelasan utama! Brunei juga pernah menjadi mangsa kebuasan ‘Bujang Senang’, apabila Piala Malaysia 1999 dibawa pulang oleh mereka setelah menewaskan Sarawak 2-1.

“Abah, kenapa corner kick tu takde yang masuk terus ke?”

“Ada. Abdullah Ali pemain Selangor. Bola swing masuk terus”

Apa lagi, aku juga mahu melakukannya (dalam game selalunya) Sejak itu, sampai sekarang siapa yang fight game bola dengan aku gementar bila aku dapat corner kick.





Tapi sejak aku beli FIFA 2004, Liga Malaysia tidak lagi tersenarai. Mungkin ia mempunyai kaitan dengan ranking. Sedangkan China pun masih tersenarai dalam FIFA 2009 (FIFA terbaru aku tak pasti) Dan pastinya Australia masih tersenarai.

Nak dijadikan cerita juga, dulu terdapat rancangan khas yang mempamerkan highlights bola sepak tempatan. Aku rasa highlights penting untuk menarik minat penyokong, diibaratkan seperti trailer filem, mesti mahu tayang yang gempak-gempak bukan? Jadi highlights yang menayangkan gol dan gerakan cantik merupakan unsur penting dalam memajukan sukan bola sepak negara. Highlights yang betul-betul khusus untuk bola sepak dan bukan sekadar umum seperti Nadi Arena di Saluran Astro 801.

Tapi sejak kejayaan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki, nampaknya sokongan rakyat Malaysia semakin hebat dan bola sepak tempatan mula memperlihatkan kemajuannya. Contohnya Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia. Namun aku harapkan juga agar negeri lain dapat terus memberikan saingan hebat di akhir musim ini. Dan pastinya aku menanti Sarawak kembali ke Liga Super musim hadapan. Oh, Safee Sali yang dijulang itu dulu pernah bermain untuk Sarawak juga (sebelum berpindah ke Selangor untuk musim 2006/07). Dan aku yang setia membaca berita jaringannya untuk Sarawak (top goalscorer Sarawak ketika itu) yang terselit ringkas.

Ok, sekian coretan peribadi aku, sebagai penyokong bola sepak Malaysia di sebalik keghairahan aku bersama Manchester United.