Follow Me on Twitter

Thursday, May 26, 2011

Dialog #1

“Dari tadi kau suruh aku bersabar! Kau tak faham! Kau tak tau apa yang aku rasa…kenapa mesti aku yang dapat kesusahan.”

“Bersabarlah. Memang aku tak faham sebab aku tak alaminya. Tapi aku faham dengan bersabar sesuatu yang baik boleh berlaku. Dan aku faham apa yang berlaku sama ada ujian atau peringatan buat kau. Bersyukurlah, kerana ia mudah buat kau berbanding ramai antara kita yang gagal kerana ujian kesenangan.”

*****

“Kau tak marah ke bila Nabi kita dihina? Aku hanya cakap benda yang betul pada penulis tu.”

“Dengan mengatakan sesuatu yang sama ‘sifat’nya seperti yang ditulis penulis?”

“Maksud kau?”

“Aku juga marah. Tetapi aku tak perlu melayan provokasi itu serta merta. Lebih baik aku terus menyebarkan sesuatu yang baik bagi mematahkan serangannya. Tak guna kau bergaduh dengan kejahilan, kerana ia akan terus menjawab. Lagipun aku tak mahu jadi sebahagian sumber motivasi kepadanya.”

“Motivasi?”

“Ha’a. Bukankah jumlah komen yang banyak salah satu motivasi kepada penulis untuk terus menulis? Ia motivasi yang baik untuk penulis yang menulis tentang kebaikan, tetapi jika sebaliknya?”

Sumber: Dialog bersama Perunding Motivasi anda, TE xD

p/s: Ada sesiapa lagi tahu cara yang lebih bagus? Jom jadi perunding motivasi hari ini :D