Follow Me on Twitter

Monday, May 9, 2011

Hujan = Ilmu, Tanah = Manusia

Pemeriksaan doktor sudah dijalani. Akuan Berkanun sudah ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah. Dan aku hanya menunggu tarikh untuk melapor diri ke kursus latihan Maritim. Dalam waktu itu, Masa dirasakan semakin cepat berlalu. Bukan kerana 24 jam sehari menjadi 23 jam. Tetapi kerana aku merasakan banyak yang mahu aku baca dan kongsikan. Paling kurang pun, aku mahu jadi ibarat tanah kedua.

[Hujan = Ilmu, Tanah = Manusia]

Ilmu dalam Islam adalah menyeluruh. Selagi mana ilmu itu tidak bertentangan dengan syariat Allah maka kita boleh mempelajarinya (al-Quran, hadis, ilmu asas syariah, aqidah, ilmu pengkhususan, pengetahuan am, motivasi dan pengalaman hidup, sejarah, pendidikan dan hiburan) Tahukah bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan ilmu dan manusia seperti hujan dan tanah? Perumpamaan itu disebut dalam hadis baginda. Hadis sahih riwayat al-Bukhari no. 79 dan Muslim no. 6093.

Maksud hadis,

“Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak.”

·        Manusia > terima ilmu > amal > sebarkan

“Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam.”

·        Manusia > terima ilmu > sebarkan

“Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.”

·        Manusia > tiada ilmu > tiada manfaat

Jenis tanah manakah kita sekarang?

Rujukan Hadis
Ruangan hadis, Solusi #18,  Ustaz Adlan Abd Aziz, ms 12.