Follow Me on Twitter

Monday, May 2, 2011

Islam yang disalah tafsir

Jiwa aku sudah tidak tertahan. Begitu membuak-buak sekali untuk berkongsi apa yang aku baca dalam buku Beduk Diketuk hasil tulisan Tuan Pahrol Mohd Juoi, Ketua Editor Majalah Solusi. Sungguh aku rasa tercabar dengan apa yang diceritakan, apabila Islam sering disalahtafsir, bukan sahaja oleh orang bukan Islam, malah di kalangan orang Islam sendiri.


Antaranya:

Ibadah hanya merangkumi solat, sedangkan ibadah itu menyeluruh dan terbahagi kepada tiga; asas, sunat dan umum. Kerja juga ibadah, tetapi jika ibadah asas seperti solat tidak dijaga, bagaimana yang perlu diharapkan lagi dari ibadah umum seperti berniaga misalnya.

Solat dianggap membuang masa, sedangkan solat merupakan pendinding dari melakukan kejahatan. Sering kali diberi alasan, bahawa orang yang solat tetap melakukan kejahatan. Sebenarnya solat itu perlu dilakukan dengan sempurna. Jika masih berlaku kemungkaran, itu tandanya ada sesuatu yang belum sempurna.

Seperti mana seorang manusia sentiasa menjaga dan memastikan iPad2 yang baru dibelinya dalam keadaan baik, begitu juga manusia wajib menjaga dirinya dengan menunaikan solat, ibarat melakukan maintenance.

Ingat mati mengurangkan produktiviti? Sila bandingkan terlebih dahulu, yang kurang produktiviti itu INGAT MATI atau TAKUT MATI? Keduanya adalah berbeza. Orang yang INGAT MATI sentiasa bertaubat, malah takut melakukan kejahatan seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya, kerana tahu segalanya akan dibongkarkan di akhirat kelak.

Manakala orang yang TAKUT MATI adalah mereka yang TAKUT HIDUP. Tidak berdaya untuk hidup serta tidak punya matlamat untuk diperjuangkan. Tidak ketinggalan ialah orang yang LUPA MATI. Mereka ini tidak takut dosa. Dan kedua-dua inilah yang mengurangkan produktiviti walaupun pada zahirnya dengan rasuah mereka dilihat gah dari segi produktiviti diri. Tapi bagaimana produktiviti masyarakat? Bangsa? Malah lebih penting, agama?

p/s: Semua ini antara yang dapat aku simpulkan berdasarkan beberapa kisah menarik dalam ‘Beduk Diketuk’ yang kelihatan biasa namun pada akhirnya ditunjangi dengan prinsip Islam yang sebenar.
p/s2: Belum habis membaca, kena bahagi masa membaca dan blogwalking ^__^