Follow Me on Twitter

Sunday, May 1, 2011

Meluangkan masa ke Pesta Buku Kuala Lumpur

Hari ini merupakan hari terakhir Pesta Buku Kuala Lumpur yang ke 30 berlangsung. Pastinya pengunjung yang hadir lebih ramai, malah mungkin lebih ramai dari semalam. Oh, semalam aku berkesempatan ke Pesta Buku di PWTC bersama family. Walaupun kami bertolak dari rumah pada awal pagi, tetapi tetap berdepan dengan kesesakan kerana ramai orang yang berfikiran seperti kami. (Kononnya datang awal tak banyak orang)

Apabila berdepan kesesakan dan terpaksa berhimpit-himpit, kemahiran menyelit dan mengempiskan perut amat berguna. Yang jelasnya, aku terperangkap dalam lautan manusia ketika di booth PTS dan Jemari Seni. Kemudian di Kedai Pink Ain Maisarah semasa menemankan adik aku yang mahu melihat penulis itu secara dekat.

Punyalah aku dan adik bongsuku berhempas pulas mengharungi manusia yang berasak-asak, sedangkan ayahku dengan tenang bergambar dengan Dr H.M Tuah di booth Karangkraf.


Majalah SOLUSI hanya mendapat potongan 10% di booth Telaga Biru.


Novel Tinta memuatkan 3 karya 3 penulis. Antaranya karya Nasron Sira Rahim, penulis ‘Nama Atas Kertas’ terbitan Jemari Seni. Juga terdapat karya Syud dan Pingu Toha. Potongan 20%.

Beduk diketuk hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi dengan ilustrasi oleh Nik Wafdi. Beduk diketuk merupakan salah satu ruangan dalam Majalah SOLUSI, membuatkan aku tertarik untuk memiliki dan membacanya.

Jika diikutkan, belum puas meneroka bahan bacaan yang lain. Aku mahu terus berevolusi dalam pembacaan dengan buku Dr M. Tetapi belum berkemampuan. Mungkin di lain waktu.

Jumpa lagi tahun depan wahai Pesta Buku!!

p/s: Terserempak blogger, kak Azzeyatin, tapi tak sempat bertegur sapa. Lain kali kak :)
p/s2: Selamat Hari Pekerja!