Follow Me on Twitter

Sunday, May 29, 2011

Membawa hati yang lara

Oh…Barcelona memang layak menang. Dan aku dikecewakan Manchester United yang tidak dapat menguasai permainan. Aku memujuk hati dengan sejarah kebangkitan United dalam perlawanan penting…tapi mereka tidak dapat mengekang Barca pada akhirnya. Barca memang layak jadi juara antara juara.

Dan aku perlu menunggu musim Liga Juara-Juara akan datang, menanti kebangkitan United dari kekecewaan lalu. We always believe.

Buat masa sekarang, aku membawa diri ke Terengganu…membawa hati yang lara. (cewah!)

 Pantai Peranginan Kelulut, Marang

p/s: Adik aku tak habis senyum lagi…tahulah peminat David Villa…dan aku terfikir, kalau United berjersi merah, adakah ia boleh jadi pemangkin sifat agresif mereka?