Follow Me on Twitter

Thursday, May 5, 2011

Memburu kejuaraan keempat penuh gaya

It’s not that Arsenal were too good, but we were too nice” – Manchester United

Memang tidak dinafikan Manchester United dilihat begitu bekerja keras di tempat lawan. Mungkin ada betulnya yang United bersikap terlalu baik dan lembut, malah membiarkan lawan yang bersemangat tinggi menyerang bertubi-tubi. Adakah ia kerana menghormati tempat lawan dan lawan yang mudah?

Tiada lawan yang mudah. Dan cara yang terbaik untuk menghormati lawan adalah dengan bermain bersungguh-sungguh tanpa memberi peluang kepada lawan. Soal peluang itu serahkan sahaja kepada mereka.

Seperti mana perlawanan Separuh Akhir Kedua Liga Juara-Juara awal pagi tadi, apabila Manchester United membenam FC Schalke 04 dengan kemenangan 4-1 hasil jaringan Antonio Valencia 26’ Darron Gibson 31’ dan Anderson 72’, 76’. Manakala gol saguhati Schalke dijaringkan Jurado pada minit ke 35.

Selayaknya bagi bakal juara untuk bangkit dari kekalahan terhadap Arsenal tempoh hari, seperti mana yang dipamerkan dalam filem ‘Glory. Maka dengan itu United mara ke perlawanan akhir dengan agregat 6-1, dan bakal menentang Barcelona sekaligus mengulangi pertemuan perlawanan akhir pada tahun 2009. Berdasarkan rekod, United dan Barca sama-sama pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara.

Siapakah bakal memenangi kejuaraan keempat? Pastinya aku harapkan Manchester United. GGMU!