Follow Me on Twitter

Thursday, May 19, 2011

Senarai lanun yang dihukum

“Inilah senarai dalam buku log yang tuan minta,” Bintara Kanan itu menyerahkan sebuah buku yang tidaklah begitu usang kepada Laksamana.

Terdapat catatan yang tertulis, ‘Senarai lanun yang dihukum’.

Mei 1701, Kapten William Kidd dan 8 orang yang lain dihukum gantung di London.

Januari 1704, John Quelch dan 6 yang lain dihukum di Boston, Massachusetts.

Ogos 1705, Thomas Green dan 16 yang lain dihukum di Leith Sands, Edinburgh.

Oktober 1717, 8 orang krew Sam Bellamy dihukum di Boston.

Mac 1718, 13 krew Edward Teach Blackbeard dihukum di Williamsburg setelah Blackbeard terbunuh dalam peperangan antara tentera laut.

Oktober 1718, Stede Bonnet dan 13 yang lain dihukum gantung di Charlestown, South Carolina.

Mac 1722, 52 krew Bartholomew Roberts dihukum di Cape Coast.

November 1720, John Rackham ‘Calico Jack’ dan 9 yang lain dihukum gantung di Kingston, Jamaica.

2003, Kapten Jack Sparrow hampir digantung.

2006, Kapten Jack Sparrow akhirnya dimasukkan ke Davy Jones’s Locker.

2007, Kapten Sparrow ditinggalkan Kapten Barbossa di Tortuga, dan Barbossa melarikan kapal Black Pearl.

2011, Kapten Jack Sparrow meneruskan pencarian Fountain of Youth, manakala Black Pearl dimusnahkan Blackbeard dan Barbossa menjadi privateer.

“Eh, kenapa ada Blackbeard? Bukan dia dah mati ke?”

“Err..yang 2003 hingga 2011 tu…filem Pirates of Carribean, tuan. Hari ini filem terbaru ‘Pirates of Carribean: On Stranger Tides’ akan ditayangkan.”

“Oh..siapa punya kerja yang conteng buku log ni..”


“Itu Komander Tengkorak Emas punya kerja, tuan Laksamana. Bukankah dia lanun yang bertukar privateer dan dilantik menjadi Shichibukai. Agaknya dia nak tengok filem tu.”

2 Comments:

Ladfe Amir said...

Nampaknya lambat sikit la aku nak menonton cerita ni.banyak yang perlu diselesaikan dulu.

Hadi Rofiee said...

Eh.. Bro, ada perubahan ka pada ruangan komen ini? :-)