Follow Me on Twitter

Thursday, May 5, 2011

Unit Siasatan Jenayah Blogger?




“Kami percaya si mati sempat bergelut sebelum dikelar pembunuhnya,” kata pegawai penyiasat, Suri.

“Terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan serta kesan lecetan pada leher tanda terdapat jerutan. Saya yakin mangsa mati akibat dicekik sebelum dikelar dengan benda tajam,” sambungnya lagi.

“Berapa lama tempoh kematian?” Leftenan Ismail bersuara.

“Sudah 7 jam. Suhu badannya 30 darjah Celsius, menurun kira-kira satu darjah Celsius setiap jam selepas kematian. Otot masih keras, berada dalam keadaan Rigor Mortis yang berlaku selepas 2 jam kematian dan hilang selepas 18 jam,” jelas seorang lagi pegawai, Zik.

"Innalillahi wainnailaihi rojiun, rezeki mangsa sampai di sini sahaja," kata Hafiz.

Maza, tolong tangkap gambar luka pada mangsa ini,” arah Dr. Tehr.

“Kerosakan tisu yang minima, tiada darah beku berkumpul, tiada parut dan luka kekal dalam bentuk asal. Jelas mangsa dikelar selepas mati,” kata Fizalinolie sambil disambut Hadi dengan anggukan. Dia berhati-hati mengumpulkan bahan bukti untuk DNA.

“Nampaknya sekali lagi pembunuh bersiri ini melakukannya. Sama seperti yang dijangka Faizal Sulaiman dalam kolum akhbarnya. Cuma kali ini kita ada saksi, yang melihat suspek, hanya mahu dikenali sebagai Belalang Hijau,” kata Dr Tehr kepada Leftenan Ismail

“Baik, hubungi Akubiomed dan Anif supaya segera ke makmal. Dapatkan Jo Qusary untuk lakaran wajah suspek dengan bantuan saksi.”

“Bagaimana pula dengan tuan rumah sewa ini?” tanya Dawa, seorang lagi pegawai penyiasat.

“Puan Sw33tdarling telah dihubungi. Dia sedang berada di luar negara bersama rakannya, Norasikin dan Bee atas urusan perniagaan. Dia punya alibi yang kukuh. Ia telah pun disahkan Fitri dan Donny, pegawai kita di sana. Namun kita masih perlukan kerjasamanya.”

*****

Beberapa orang pegawai polis cuba mengawal keadaan tatkala pegawai-pegawai penyiasat itu keluar. Anisa, wartawan terkenal cuba membolosi kawalan tetapi tidak berjaya.

“Maaf cik, biarkan kami jalankan tugas terlebih dahulu,” kata Shamsuddin sementara Sham dan Nizam cuba menenangkan ahli keluarga mangsa. Mereka penuh harapan agar mayat yang dibawa keluar nanti bukan ahli mereka.

Manakala orang ramai sibuk dengan spekulasi masing-masing. Antaranya, Amir dan Keyrill yang baru pulang dari kelas tambahan. Landax, jiran mangsa, menjadi tumpuan orang awam bertanyakan soalan. Namun, di satu sudut, berdiri senyap seorang lelaki yang berpakaian kemas dengan tag nama, ‘Benjy.

Dia kelihatan tenang...dan tersenyum puas.

Rujukan Fakta
Salman Amiruddin. Forensik dan Bedah Siasat (Bedah Mayat) - Perbincangan Sains. Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah, Mesir.

p/s: Yang terlibat, jangan marah na...yang tak terlibat pula jangan kecil hati...