Follow Me on Twitter

Sunday, June 12, 2011

CONTEST Gempak DLSL 2011


Ini antara minat aku. Mengumpul model scale model die-cast. Namun koleksi yang baru dikumpul hanya setakat di atas. Harga asalnya sekitar RM 59.90 ke RM 69.90. Dan selalunya Toy City akan tawarkan diskaun 20% pada musim tertentu. Sakit juga kalau mahu dibeli selalu. Mujur ada yang diperolehi secara percuma.



Lagipun minat ini hanya mengikut kehendak. Maka, keperluan lebih diutamakan. Dan aku juga punya minat lain (buku, DVD, key chain).

Antara model-model yang menjadi pilihan aku selepas ini:

Set MotoGP 2010
Kawasaki Ninja ZX-6RR
BMW F650cs
Ducati 1098s
Set Ferrari Shell
Trak Optimus Prime
Chevy Camaro Bumblebee
Mazda RX8
Hummer H2
Lamborghini
BMW X6
Toyota Celica

Bestnya kalau ada yang nak bagi percuma...

*****

Eh, baru teringat!!

Contest Gempak DLSL 2011 anjuran bro Ismail!


Caranya mudah sahaja. Hanya perlu letak banner di atas dan satu link ke entri contest blog DLSL. Kemudian jawab soalan mudah ini:


Apakah saiz sebenar kereta di atas (yang hitam tu)?

Tengkorak Emas menjawab: 1:16

Bila dah jawab, komen pada entri di SINI atau tweet direct message pada bro Ismail.

Selesai. Mudah bukan?

Oh hadiahnya lagi? Memang buat aku teruja. Sila lihat sendiri di entri penganjur xD

Maklumat lanjut sila ke SINI. Contest ini tamat pada 10 Julai 2011, 12 tengah malam.