Follow Me on Twitter

Friday, June 3, 2011

Dialog #2

“Dia, boleh dikira blogger yang berjaya. Setiap apa yang ditulisnya boleh dijadikan panduan. Tak hairanlah kalau trafik blognya mencanak tinggi setiap hari.”

“Kejayaan itu atas usaha dan strateginya juga.”

“Aku juga mahu jadi blogger yang berjaya.”

“Adakah kau mengharapkan trafik blognya menurun, atau kau mahu sama-sama berjaya sepertinya?”

“Eh, mestilah sama-sama berjaya.”

“Baguslah. Itu yang baik. Jika kau mengharapkan prestasinya menurun, maka itu adalah hasad dengki. Jika kau mahu turut berjaya, maka ia lebih kepada ghibtah (iri hati) yang membawa kepada Munafasah iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu.”