Follow Me on Twitter

Tuesday, June 7, 2011

Hilang rasa berdosa

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud,

“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.”
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kejahatan atau dosa itu menyebabkan hati merasa keluh kesah, gementar dan takut kalau-kalau apa yang dilakukan diketahui oleh manusia. Sekalipun ia cuba dipertikaikan dengan mengaitkan perasaan hati, perasaan itu hanya terpakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagi mana tidak bercanggah dengan hukum agama.

Sebagai contoh, nilai kejujuran tidak perlu dikaitkan dengan perlakuan kejahatan.

Namun, bagaimana pula jika hilang rasa berdosa?

Ia mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu;

·         Apa yang dilakukan (kejahatan/dosa) sudah menjadi budaya yang dianggap satu kebiasaan melainkan dilakukan sebaliknya (kebaikan/apa yang diperintah Allah)

·         Apa yang dilakukan itu dianggap kecil apabila dibandingkan dengan kejahatan orang lain yang lebih besar. Maka, rasa berdosa terhadap kejahatan yang kecil itu ditenggelamkan oleh kejahatan yang lebih besar.

·         Apa yang lebih teruk, apabila hati itu sendiri tidak melalui proses pembersihan. Umpama halaman rumah yang dibiarkan tinggal, lalang mula naik meninggi.

“Apabila engkau melakukan dosa, janganlah engkau melihat kepada kecilnya dosa itu tetapi lihatlah kepada siapa telah engkau lakukan dosa tersebut.

Janganlah engkau memandang rendah dosa-dosa kecil, kerana engkau tidak mengetahui dosa yang manakah engkau telah menderhakai-Nya (mengundang murka-Nya).”
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

p/s:Peringatan buat diri ini juga.

1 Comments:

Anonymous said...

Betul tu.... Xtau nk kata apa da. Terima kasih ats peringatan ini. - Amirizzat