Follow Me on Twitter

Thursday, June 9, 2011

Menangguk 'emas' melalui bacaan

Saat itu sungguh bermakna. Saat di mana aku menemui emas yang begitu berharga. Bukanlah maksudku hendak memperkecilkan emas yang sedia ada. Tetapi emas kali ini benar-benar berbeza. Dengan harga RM9.00 bagi Semenanjung Malaysia, 109 muka surat itu diteliti sepuas-puasnya.

Hanya ada lebih kurang 3 muka surat iklan!

Majalah itu membuatkan aku begitu ralit pada mulanya. Dengan slogan ‘Panduan Hidup Bersyariat’, ternyata majalah itu berupaya membawa aku berfikir dengan aktif, bagi turut sama mencari solusi terbaik dalam hidup. Dan ia juga memberikan idea dan inspirasi untuk aku menyampaikan sesuatu dengan cara aku sendiri, selagi berteraskan konsep dan hukum syarak.


Ya, emas yang dimaksudkan ialah majalah itu. Majalah SOLUSI yang perlu dijadikan bahan bacaan sahabat-sahabat. Sekalipun kita dihidangkan dengan bahan bacaan elektronik, majalah seperti ini masih relevan dan fleksibel untuk dijadikan bacaan keluarga. Sekalipun ia bacaan serius, masih boleh dibaca dengan santai tanpa terdesak untuk menghabiskannya dalam satu-satu masa.

Tambahan pula, dengan adanya kolumnis yang hebat-hebat belaka, pasti sahabat-sahabat teruja dengan apa yang ditulis. Antara kolum dan kolumnisnya;

Isu: Ditulis Ketua Editor sendiri, Pahrol Mohamad Juoi.
Tafsir: Tafsir ayat al-Quran oleh Ustaz Hj Zahazan Mohamed.
Hadis: Hadis yang berkait dengan sesuatu isu, dikupas Ustaz Syed Mohd Nurhisyam.
Jalan Keluar: Pemikiran kritis oleh Ahmad Baei Jaafar.
Beduk Diketuk: Pemikiran luar kotak oleh Ketua Editor.
Muamalat: Penerangan kewangan dan soal jawab bersama Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Cerdik Baik: Tips-tips cemerlang bersama Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Cetusan: Idea perjalanan dakwah dan tarbiah oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba.
Kiasan: Kupasan perumpamaan dalam al-Quran dan hadis oleh Mohd Sukki Othman.
Analisis: Cadangan dan saranan oleh Mohd al-Adib Samuri (aku pernah belajar dengannya)
Fizikr: Sains itu hanya sedikit cabang dari ilmu Allah, oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib.
Tauhid: Isu akidah dijelaskan Ustaz Mohd. Nidzam Abd. Kadir.

Ada banyak lagi sebenarnya kolum yang begitu bermanfaat. Nak tahu lebih lanjut? Dapatkannya terus! Takkan nak biarkan aku seorang sahaja dapat ilmu? Tak cemburu ke? :D