Follow Me on Twitter

Wednesday, June 1, 2011

Setahun pelayaran

Bagi aku dunia blog itu umpama lautan. Dan setiap orang berlayar dengan kapal mereka. Ada kapal persiaran mewah, kapal perlayaran biasa, kapal tentera dan kapal lanun. Mungkin aku lebih suka dengan watak lanun yang sentiasa dambakan emas kepunyaan kapal lain. Sekalipun kapal itu kecil dan nampak tidak berharga, aku sentiasa berjaya mendapatkan emas walaupun kecil nilainya. Barulah tepat jika aku menerima gelaran Tengkorak Emas sepanjang setahun pelayaran aku.

[Lautan = Blogosphere, Kapal = Blog, Emas = Entri+Artikel+Ilmu+Komen]

Alexa Rank

Daripada jumlah ranking 12 juta lebih pada awal blogging, aku hanya berjaya mendapatkan ranking 359,326 dalam masa setahun. Jika hendak menembusi ranking 200,000 sudah pasti usaha gigih perlu dilakukan.

Follower

Sebelum aku membuang widget follower (aku tahu aku mahu pergi lama tanpa update) jumlah follower adalah seramai 209 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower. Terima kasih juga kepada yang sudi mempromosikan blog ini (secara langsung atau tidak langsung) antaranya bro Ben Ashaari melalui segmennya, Ciao Annin-sama, Mama JnJnJ, kak Sheila, bro Ismail, Amir Izzat, Keyrill, ATA, sis sw33tdarling, FareedSairi, Nas, bro Eizil, Gadis Hanim, bro Maza, Fitrihadi, IqbalHakimi, Jo Qusary, Joegrimjow, kak Fizalinolie, bro Belalang Hijau, kak Suri, bro Zik, bro Tehr, kak bEe...(kalau ada sesiapa lagi, terima kasih juga)










Sahabat

Ya. Unsur yang paling penting dan menyeronokkan. Terima kasih yang sudi jadi sahabat aku, sama ada serius, mesra, suka layan aku mengarut atau berimaginasi :D Sahabat menceriakan aku, sama ada melalui entri atau melalui komen-komen di blog.

Peta Minda Bagaimana Perjalanan TE Mengenal Sahabat

Khidmat

Andai aku tiada nanti, aku harap aku meninggalkan sesuatu sebagai kenangan (taktik baik punya... xD) Terima kasih kepada Hadi Rofiee, Fyzal’s Territory dan Oh Malaysia kerana menerima hasil kerja aku (header blog).






p/s: 1 Jun 2011, genap setahun aku blogging. Gembira dan sedikit resah kerana masih belum menerima tarikh untuk melapor diri ke latihan Maritim.