Follow Me on Twitter

Wednesday, June 29, 2011

Tengkorak Emas page 9

Oh, aku minta maaf awal-awal. Ini tiada kaitan dengan Page Rank :D

Rasa teruja. Kali terakhir pendapat aku disiarkan dalam akhbar adalah pada Tahun 2000. Ketika itu pendapat aku yang disiarkan dalam Minda Pelajar berjaya memenangi wang tunai RM40. Sejak itu, ada juga sesekali aku menghantar pendapat dan esei ke Dewan Siswa. Namun, usaha dan semangat menulis ketika itu kian merudum.


Namun sejak bergelar blogger, semangat untuk menulis kembali semula. Dan hasilnya? Pendapat aku akhirnya disiarkan dalam bahagian Respons, Majalah SOLUSI, di muka surat 9.

Aku sebenarnya ada meletakkan ‘TE’ pada ruangan nama, tetapi mungkin ianya tidak begitu penting buat editor. Namun memang niatku untuk menjadikan Tengkorak Emas sebagai nama pena. Agak-agak orang takut tak? xD

Antara petikan artikel tersebut,

“Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran, ayat 7 yang bermaksud,

“Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.”

Tafsir dan terjemahan adalah dua hal yang berbeza. Terjemahan adalah makna ayat secara langsung berdasarkan bahasa manakala tafsir adalah mengenai maksud sebenar yang tersirat di sebalik ayat itu.

Maka di sini saya melihat ruangan Tafsir adalah ruangan yang penting bagi memberi kefahaman kepada kita tentang apa yang dibawa oleh Al-Quran. Kefahaman tentang isi kandungan Al-Quran juga mengelakkan kita supaya tidak membuat anggapan secara membuta tuli serta mencari alasan berselindung di sebalik ayat Al-Quran yang kita salah tafsirkan.”

Mahu baca lebih lanjut? Mahu baca artikel-artikel lain yang jauh lebih hebat? Sila dapatkan Majalah SOLUSI isu terbaru #33 secepat mungkin :D

Oh, cenderahati dan honorarium hanya sebagai bonus. Tetapi bila dapat memberikan pandangan, ia satu kepuasan! Dan jika dapat memberi manfaat, ia adalah ‘pelaburan’! Maka aku mahu berusaha lagi! Kerana aku umpama tin kosong yang perlu diisi!

Terima kasih Solusi!