“Johan
keseluruhan bagi Karnival Sukan LK II Maritim Siri 9/2011, jatuh kepada
kontinjen Lekiu!!”
Akhirnya
berakhirlah Karnival Sukan di Pusat Latihan Maritim yang telah berlangsung
selama seminggu dari 2 April hingga 6 April 2012, dan disertai 4 kontinjen
iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu.
Terima
kasih pihak pusat latihan kerana memberi ruang buat kami para pelatih untuk
mengkoordinasikan sebuah kejohanan sukan yang berlangsung dengan jayanya. Melalui
karnival inilah segala jenis bakat terpendam ditonjolkan oleh para pelatih dan
jurulatih yang turut sama memeriahkan suasana kejohanan.
Dan
aku, peserta kontinjen Lekiu pastinya lebih berasa gembira kerana Lekiu berjaya
menjadi juara keseluruhan bagi kejohanan karnival sukan ini. Tahniah buat
kontinjen Lekiu!
Persembahan
pada majlis pembukaan sukan, kontinjen Lekiu dengan persembahan tarian Ska to
Shuffle melalui koreografi yang disusun oleh aku dan dua orang rakan
pelatih...1st time beb shuffle! Depan orang ramai pula tu..so faham-fahamlah,
kami semua ni tahap beginner lagi.
Piala
kemenangan kontinjen Lekiu xD
Pingat
yang diperolehi aku: Emas untuk bola sepak, Perak untuk Futsal, dan tempat
ke-11 untuk acara marathon...(yang menang banyak di kalangan yang
muda-muda..aku nampak muda tapi umur dah 25 kira okla kan? -----alasan xD)
Apa-apa
pun memang semua program di pusat latihan Maritim ni bermanfaat dan
menghiburkan. Maaf kepada semua sahabat blogger kerana tak sempat berkongsi apa
yang berlaku sepanjang latihan dan tak sempat berkunjung ke blog sahabat. Oh,
TE tamat latihan 12 Mei ni, dan 16 April ini bermulalah latihan kawad untuk
perbarisan tamat latihan...pagi petang...fuh!












