Follow Me on Twitter

How to solve Rubik's Cube 3x3x3 ~ Malay Version



Testimoni

“Nama saya Bono. Saya suka bermain kiub Rubik. Bagi saya, menyelesaikan kiub ini begitu mudah. Saya merasa puas bila dapat menyelesaikannya. Hanya dalam beberapa saat kiub berharga 2 ringgit ini berjaya diselesaikan! Nak tau rahsia kejayaan saya? Semuanya disebabkan 4 prinsip yang diajarkan Tengkorak Emas! :D”

Ya! Dengan 4 prinsip ini, setiap orang boleh menyelesaikan kiub Rubik tanpa mengalami gangguan mental, emosi dan perasaan geram yang membuak-buak terhadap kiub yang comel dan innocent ini. ^__^

Jangan risau, ini bukan produk ebook, segalanya percuma disediakan untuk anda! Hanya dengan 4 prinsip serta beberapa notation dan formula untuk dihafal, kiub Rubik bukan lagi satu igauan!

Notation:

Face (Permukaan setiap sisi)
Base / Base Layer
Center / Side Center (Kepingan 1 warna~6 kepingan mewakili warna sisi)
Edge / Side Edge / Top Edge (Kepingan dengan 2 warna~Terdapat 12 kepingan)
Corner / Zero (Kepingan dengan 3 warna~Terdapat 8 kepingan di penjuru)


*Notation yang disertai ( ‘ ) perlu dipusing mengikut pusingan arah lawan jam apabila dipandang direct kepada face.
*Notation yang disertai ( 2 ) perlu dilakukan dua kali.

Front – F
Front Counter Clockwise – F’


Right – R
Right Counter Clockwise – R’


Double Right – r / r’

Left – L
Left Counter Clockwise – L’


Double Left – I / I’

Up – U
Up Counter Clockwise – U’


Double Up – u / u’

Down – D
Down Counter Clockwise – D’


Double Down – d / d’

Back – B
Back Counter Clockwise – B’


Turn Horizontal – x / x’
Turn Vertical – y / y’

Prinsip Pertama – Color Puzzle

Setiap sisi kiub Rubik mempunyai kedudukan warna yang tetap bergantung kepada jenis Rubik anda. Latih diri anda untuk mengingatinya.

Sifir warna mengikut standard Rubik sebenar adalah:


PUTIH bertentangan dengan KUNING
OREN bertentangan dengan MERAH
HIJAU bertentangan dengan BIRU

Cari satu warna untuk dijadikan tapak (Base). Bina tapak dalam bentuk ‘+’.


Tips: Mulakan pada warna yang lebih menguasai center dan edges. Jika tiada, pilih sendiri warna yang bermula di center. (Kedudukan warna center kekal tidak berubah)


Formula mendapatkan bentuk ‘+’ pada base.

Selarikan base layer dengan setiap side center.

 Cari/Ubah kedudukan base layer seperti ini. Selesaikan untuk setiap edgePastikan anda memegang kiub Rubik seperti berikut* setiap kali ingin mempraktikkan formula. (bagi beginner)


*

R’ U F’ U’


Dan selesaikan base layer hingga tinggal satu ruang corner / Zero. (tiada formula, hanya puzzle mudah dan perlukan latihan)


Prinsip Kedua – F2L Shortcut

Letakkan base layer pada kedudukan bawah. Ingat setiap warna sisi, dan gandingkan warna berlawanan antara setiap top edge dengan side center. Dikecualikan pada sisi yang belum lengkap ruang corner.

Contoh kedudukan

Bawa Zero ke antara dua sisi tersebut. Gunakan formula ini. Pastikan anda memegang kiub Rubik seperti berikut* setiap kali ingin mempraktikkan formula. (bagi beginner)


*


R U’ R’ (jika kanan ke kiri sila guna L' U L)

Betulkan layer mengikut warna. Kemudian ulang formula sama kepada pasangan sisi lain. (Kecuali side edge bagi sisi asal Zero)


Untuk side edge Zero, guna formula berikut. (Bergantung kepada kedudukan) Terlebih dahulu lengkapkan Zero.


U  R U’ R’ U’  F’ U F (Ke Kanan)


U’  L’ U L U  F U’ F’ (Ke Kiri)

Anda telah menyelesaikan dua layer bagi kiub Rubik ini.


Prinsip Ketiga – Full Final Layer

Kita akan cuba dapatkan hasil seperti berikut.


Setelah anda menyelesaikan dua layer sebelum ini, anda akan mendapati beberapa bentuk telah dihasilkan oleh warna di final layer. Aplikasikan formula mengikut bentuk untuk mendapat warna keseluruhan final layer.

Sebelum menggunakan formula, pastikan kedudukan Rubik di tangan serta memandang direct kepada sesuatu face mengikut gambar. (Gambar diambil dari pandangan atas)

Antara kebarangkalian yang sering terjadi (disertakan formula)

 R U2 R’  U’ R U’ R’ 

R U2  R2 U’ R2 U’  R2 U2 R

R U R’ U  R U’ R’ U  R U2 R’

I’  U’ L U  R U’ r’  F

 I’  U’ L’ U  R U’ L U (x’)

R2 D R’  U2  R D’ R’ U2 R’

R’ U’ F’  U F R

F R U R’ U’ F’

R U R’ U’  R’ F R F’

F (U R U’ R’)2 F’

F  R U R’ U’  R U R’ U’  F’

R U R’ U  F2  L F L’ F

R’ F R’ F’  R2 U’ B U’ B’


* Tiada bentuk-bentuk di atas? Gunakan formula berikut secara berulang hingga menjumpai salah satu bentuk di atas.

(R U R’ U  R U2 R’)


Prinsip Keempat – Mind Graph

Anda perlu mengingati formula yang panjang namun sebenarnya tidak sukar untuk dihafal kerana ia kadang-kadang hanya diterbalikkan. Teruskan latihan yang berterusan.

Ini adalah langkah terakhir yang akan menyelesaikan Rubik anda, sama ada ia Rubik original, Speedcubing mahupun Rubik harga RM2.

Lihat dan fahami arah anak panah yang ditunjukkan sama ada menyamai situasi Rubik anda dan aplikasikan formula.

Sebelum menggunakan formula, pastikan kedudukan Rubik di tangan serta memandang direct kepada sesuatu face.* Rajah dilihat dari sudut atas.


*

Credit to Bob Burton


Ya! Ini bukan mimpi, anda sememangnya telah berjaya!! Tahniah! ^_____^

#Dengan latihan yang berterusan, anda akan berjaya menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Latih diri anda untuk hanya menggunakan jari bagi mengerakkan layer kiub Rubik anda supaya masa menyelesaikannya dapat disingkatkan.

Apa yang penting, jangan berputus asa!! :D